Summer Camp
Pelbagai jenis kem untuk mengisi masa lapang pelajar.
Kem Motivasi
Disetiap hujung bulan pihak madrasah aktif mengadakan Qiammulail dan Kem Motivasi bagi menaikkan semangat pelajar dalam menuntut ilmu serta memberi kesedaran dari segi kerohanian dan akhlak. Aktiviti ini sering diadakan di dalam dan di luar kawasan madrasah.
Kem Bijak & Kem Tahfiz
Diadakan setahun sekali pada setiap cuti sekolah hujung bulan November bagi memberi pendedahan kepada pelajar madrasah serta pelajar luar untuk membina jati diri, kerjasama serta menambah ilmu pengetahuan dalam bidang tahfiz, fardu ain, fardu kifayah serta alam semulajadi.
Antara aktivitinya ialah praktikal menguruskan jenazah, cara penyembelihan dan cara mengerjakan umrah. Aktiviti dibahagi kepada dua bahagian iaitu indoor (dalam madrasah) dan outdoor (kem perkhemahan luar madrasah).
Kem Bijak
- 5 hari 4 malam
- Lokasi menarik
- Tips & teknik belajar
- Pelatih berpengalaman
- Kemahiran belajar
Kem Tahfiz
- 5 hari 4 malam
- Lokasi menarik
- Tips & teknik menghafaz
- Guru tahfiz terlatih
- Kefahaman AL-Quran
Kem Motivasi
- 5 hari 4 malam
- Lokasi menarik
- Modul terbukti berkesan
- Barisan penceramah terkemuka
- Teknik memotivasi diri