Penyediaan Makanan

Pelajar lapar? Usah risau. Kami sediakan.

Makanan untuk pelajar disepanjang waktu persekolahan disediakan oleh syarikat katering yang telah dilantik oleh pihak Madrasah. Makanan turut disediakan di luar waktu persekolahan bagi pelajar yang tinggal di asrama madrasah.

Bagi pelajar yang mempunyai kekangan kesihatan, kami boleh menyediakan hidangan untuk memenuhi keperluan kesihatan tersebut.

Pelajar boleh membawa makan tengah hari mereka sendiri ke madrasah. Walau bagaimanapun, pihak Madrasah tidak menggalakkan pembaziran dan ibu bapa perlu memberitahu pihak Madrasah dua (2) hari lebih awal jika pelajar akan membawa bekalan sendiri ke madrasah.