Perkhidmatan Madrasah

Pelbagai perkhidmatan sokongon untuk pendidikan lebih sempurna.

Di Madrasah Tahfiz Huda Al-Islam, kesihatan dan kesejahteraan pelajar sangat penting bagi kami. Kami menyediakan perkhidmatan kejururawatan kepada pelajar dan kakitangan untuk memaksimumkan kesihatan dan kesejahteraan komuniti madrasah. Bilik sakit madrasah dilengkapi dengan bahan dan kemudahan asas untuk menangani keperluan kesihatan pelajar semasa di madrasah. Seorang guru yang terlatih dengan ilmu asas kejururawatan ditempatkan untuk mengurus dan menilai sebarang masalah kesihatan yang mungkin timbul semasa waktu persekolahan.