Uniform Madrasah

Pelbagai perkhidmatan sokongon untuk pendidikan lebih sempurna.

Peraturan yang sama digunakan untuk semua pelajar Tadika, Rendah dan Menengah.

Semua pelajar mesti memakai pakaian seragam madrasah mereka kecuali pada hari yang tidak diwajibkan atau ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani. Pelajar tidak perlu memasukkan t-shirt mereka dan pelajar perempuan Muslim diwajibkan memakai hijab / tudung.

Kasut bertutup yang sesuai boleh diteripakai. Pihak Madrasah tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan kasut yang tidak sesuai. Selipar / sandal / kasut tumit tinggi atau kasut yang menampakkan jari tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk kemudahan ibu bapa dan pelajar, pakaian seragam madrasah boleh dibeli melalui dua (2) kaedah – Pembelian Dalam Talian atau di pejabat Madrasah.

Pembelian Atas Talian

Untuk pembelian secara atas talian, ibu bapa dan pelajar boleh membuat pembayaran bersama-sama yuran madrasah. Terdapat dua (2) pilihan mendapatkan pakaian seragam yang telah dibeli:

  1. Dihantar ke alamat yang ditentukan melalui kurier.
  2. Pengambilan sendiri di madrasah.

Tadika / Pra-Sekolah

Sukatan pelajaran pada peringkat ini melibatkan pelajar menghabiskan sebahagian besar masa mereka di luar bilik darjah. Untuk tujuan ini, pakaian yang mempunyai ruang bernafas dan ringan amat digalakkan.

Pelajar memakai baju melayu (lelaki) atau baju kurung (perempuan) berwarna hijau tua dan serban serta kopiah putih (lelaki) atau tudung labuh berwarna hijau muda (perempuan).  Pelajar lelaki memakai seluar panjang manakala pelajar perempuan memakai kain kedua-dua berwarna hitam.

Bagi aktiviti di luar kelas, pelajar lelaki dan perempuan bebas menyarung pakaian riadah patuh syariah. Pelajar perempuan wajib memakai tudung manakala pelajar lelaki tidak semestinya memakai serban dan kopiah.

Pakaian Seragam Tadika Pelajar Lelaki

Pakaian Seragam Tadika Pelajar Perempuan

Sekolah Rendah

Pelajar memakai baju melayu (lelaki) atau baju kurung (perempuan) berwarna hijau tua dan serban serta kopiah putih (lelaki) atau tudung labuh berwarna hijau muda (perempuan).  Pelajar lelaki memakai seluar panjang manakala pelajar perempuan memakai kain kedua-dua berwarna hitam.

Untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), semua pelajar sekolah rendah dikehendaki memakai baju t-pasukan dan seluar riadah panjang berwarna gelap dan patuh syariah. Pelajar perempuan wajib memakai tudung manakala pelajar lelaki tidak semestinya memakai serban dan kopiah. Pakaian seragam PJ sekolahr dipisahkan antara empat warna rumah.

Bagi aktiviti ko-kurikulum, setiap pelajar perlu mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan mengikut badan/persatuan yang mereka sertai.

Pakaian Seragam Sekolah Rendah Pelajar Lelaki

Pakaian Seragam Sekolah Rendah Pelajar Perempuan

Sekolah Menengah

Pelajar memakai baju melayu (lelaki) atau baju kurung (perempuan) berwarna kelabu gelap dan serban serta kopiah putih (lelaki) atau tudung labuh berwarna kelabu terang (perempuan).  Pelajar lelaki memakai seluar panjang manakala pelajar perempuan memakai kain kedua-dua berwarna hitam.

Untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), semua pelajar sekolah menengah dikehendaki memakai baju t-pasukan dan seluar riadah panjang berwarna gelap dan patuh syariah. Pelajar perempuan wajib memakai tudung manakala pelajar lelaki tidak semestinya memakai serban dan kopiah. Pakaian seragam PJ sekolah menengah dipisahkan antara empat warna rumah.

Bagi aktiviti ko-kurikulum, setiap pelajar perlu mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan mengikut badan/persatuan yang mereka sertai.

Pakaian Seragam Sekolah Menengah Pelajar Lelaki

Pakaian Seragam Sekolah Menengah Pelajar Perempuan