Polisi Penarikan & Bayaran Balik

Berikut adalah polisi kami terhadap penarikan pelajar daripada sekolah dan bayaran balik.

Kami memahami bahawa kadangkala wujud suasana yang tidak dapat dielakkan di mana ibubapa atau penjaga terpaksa menamatkan persekolahan anak atau pelajar di bawah jagaan mereka dari Madrasah Tahfiz Huda Al-Islam ke sekolah lain. Berikut adalah terma polisi penarikan diri pelajar dan bayaran balik.

  • Ibubapa / penjaga boleh menamatkan persekolahan anak / jagaan mereka dengan memberikan notis tamat sekolah dalam tempoh tidak kurang daripada SATU (1) penggal persekolahan kepada pihak Madrasah Tahfiz Huda Al-Islam (sekolah), di mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan deposit tidak dipulangkan. Berikut adalah ilustrasi keadaan yang dikira notis tidak mencukupi:

    • Jika pelajar akan ditamatkan persekolahan pada penghujung penggal persekolahan, notis tamat sekolah hendaklah diterima oleh pihak sekolah selewat-lewatnya sebelum tamat hari pertama persekolahan penggal yang sama. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan deposit tidak dipulangkan.

    • Jika pelajar ditamatkan persekolahan sebelum cukup sepenggal dari tarikh notis tamat sekolah diterima.

    • Jika notis tamat sekolah tidak menjelaskan tarikh tamat persekolahan.

  •  Notis sementara atau bersyarat tidak akan diterima. Jika pelajar tidak ditamatkan persekolahan pada tarikh tamat tempoh notis, notis tamat sekolah baharu yang tidak kurang dari SATU (1) penggal penuh perlu diterima oleh pihak sekolah. Peruntukan ini juga akan diterimapakai jika pelajar gagal menghadirkan diri ke sekolah untuk tempoh yang terlalu lama.

  • Kesemua deposit yang telah dibayar tidak akan sama sekali dikira sebagai pembayaran yuran persekolahan atau sebahagian daripadanya dan sebarang bayaran lain yang dikehendaki dan tidak boleh digunakan untuk melangsaikan sebarang hutang ibubpa / penjaga kepada pihak sekolah.

  • Kesemua jumlah wang bayaran balik di dalam polisi ini adalah tanpa faedah dan mesti dituntut oleh ibubapa / penjaga dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pelajar terbabit menamatkan persekolahan di sini yang mana kegagalan berbuat demikian dikira sebagai kebenaran dan pengesahan untuk pihak sekolah memindahkan jumlah tersebut ke dalam Tabung Penambahbaikan Sekolah sebagaimana yang dianggap sesuai dan ibubapa / penjaga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tuntutan lagi ke atas wang tersebut.

  • Di mana seorang pelajar yang telah dipindah keluar dari sekolah ini memohon untuk kemasukan semula, yuran pendaftaran seperti pelajar sedia ada dikekalkan jika pelajar tersebut diterima masuk (tertakluk kepada ketersediaan tempat) dalam tempoh tiga (3) penggal persekolahan sejak tarikh terakhir beliau dipindah keluar dari sekolah ini. Segala bayaran lain mengikut jumlah yang sepatutnya ketika itu akan dikenakan seperti biasa.

  • Pihak sekolah dibenarkan meminta pelajar ditamatkan persekolahan di sini pada bila-bila masa dengan sebarang sebab yang dianggap munasabah oleh Mudhirah (Pengetua) sekolah seperti kegagalan pelajar untuk melibatkan diri atau mengambil manfaat sepenuhnya daripada kurikulum sekolah atau jika terdapat sebarang pelanggaran kontrak oleh ibubapa / penjaga atau pelajar itu sendiri.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang Polisi Penarikan & Bayaran Balik kami, sila hubungi kami terus melalui telefon, e-mailkan pertanyaan anda ke admin@tahfizalhudajb.edu.my, WhatsApp ke +6017 – 771 6236, atau isikan borang pertanyaan di sini.