Asrama Al-Huda
Asrama Al-Huda adalah ibarat rumah kedua kepada lebih daripada 60 orang pelajar dari Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan Myanmar. Asrama kami menyediakan ruang penginapan yang menyokong persekitaran pelbagai budaya, dan dilengkapi dengan program yang seimbang yang bertujuan untuk melahirkan para pelajar beradab dan menghormati orang lain.
Di Asrama Al-Huda, pelajar diberi kebebasan untuk mencapai kecemerlangan akademik di samping memperoleh kemahiran hidup yang akan menjadi aset kepada mereka. Kami lakukan ini dengan terus menerus memupuk pelajar walaupun selepas waktu persekolahan. Masa mereka akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti deeniyah dan akademik di dalam persekitaran kondusif yang menggalakkan pertumbuhan peribadi dan membina kemahiran hidup yang kritikal. Selamat datang ke pengalaman hidup baru.
Antara aktiviti yang disediakan untuk pelajar yang menginap di Asrama Al-Huda adalah:
- Kelas Malam yang bertumpu kepada kandungan akademik dengan diselangi sedikit kandungan deeniyah.
- Aktiviti hafazan Al-Quran setiap malam.
- Solat berjemaah Maghrib, Isya’ dan Subuh di masjid Kg. Aman, Larkin.
- Qiamullail sekali seminggu.